Monday, June 25, 2012

Urinary Tract Infection (UTI)

today i got mc. YEAY!
lately my tummy slalu sakit. sakit yang i tot gastrik at first. 
tapi sakitnya sampai behari2 kejap sakit sikit kejap sakit banyak
lepas makan lagilah sakit n aku terus decided to go to another clinic today
jadi doc tu suruh buat ujian air kencing then result nya dia cakap i got kencing kotor
dia siap buat pregnant test lagi coz aku silap bagi tarikh bila last period.
woii apa aku nak jawab kalau aku pregnant???! LOL
dia siap cakap lagi jangan marah ea. babun nya.. kau ingat aku terok sangat ka heh
sudah lah lepas cek2 boleh lagi mintak num tepon. grr -,-
cakap banyak pun tak guna jadi aku google lah pasal kencing kotor and i found this!

Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lancar.
Air kencing biasanya kuning jernih atau kuning pekat.
Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
Kekurangan air dalam badan
Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI)
Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B dan Vit C
Pesakit kencing manis (diabetes)
Mengandung
Pengambilan sesetengah ubatan
Terdedah kepada sesetengah bahan kimia
Batu karang dalam saluran kencing
Kerosakan buah pinggang

Seringkali yang datang ke klinik swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan  kencing yang keruh, mereka kebanyakannya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering mengunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk  merujuk penyakit seperti itu.


Saluran kencing bermakna saluran air kencing daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing akan keluar. Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.
Kuman apa yang sering buatkan jangkitan kuman di bahagian tersebut?
80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia coli atau E.coli (=e-kolai).  20% lagi disebabkan oleh kuman-kuman yang lain. Kuman E. Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di dubur. Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundi kencing dan boleh sampai ke buah pinggang. Kuman ini terpaksa naik ke  bahagian atas dengan melawan arus air kencing. Jadi sekiranya air kencing keluar dengan laju, sedikit sebanyak akan menghalang kuman naik ke bahagian atas saluran kencing dengan senang.
Kencing kotor lebih kerap di kalangan perempuan kerana duburnya terletak lebih dekat dengan lubang air kencing berbanding dengan lelaki kerana zakarnya.

Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?

Air kencing terjadi dari ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi apa-apa yang yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Dengan ini akan mededahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.

Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkak prostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethral stricture). Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan yang kurang pengambilan air.

Apakah tanda-tanda kencing kotor atau UTI.

Tanda atau simptomnya berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.
Setengah orang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda  tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat kerana sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2 sehingga 5 hari.
Ada orang yang tidak sembuh dengan sendiri dan mereka ini,
Akan mengalami kekerapan kencing yang tidak boleh ditahan terutama sekali kalau pundi kecing dijangkiti kuman,
Sakit yang pedih dan panas semasa dan sejurus selepas kencing,
Air kencing nampak kotor,
Kadang-kadang air kencing berdarah,
Kadang-kadang air kencing berbau busuk,
Kalangan perempuan, selalu mengalami sakit di bahagian bawah perut seperti terasa pundi penuh.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

Mesti diingat iaitu sekiranya terdapat jangkitan kuman di bahagian faraj, simptom atau tanda-tanda seperti di atas juga terdapat pada seseorang itu.
(ihsan google)

semua tanda tanda ni lah aku rasa sekarang kot. kecuali belom sampai bedarah lah
kalau bedarah mesti aku nangis2 dah sebab aku lagi takut darah dari sakit hahaha
tapi bawah perut memang rasa tak selesa sangat sekarang. aku jarang sangat sakit bila sakit aku terus takut2, dan buat mcm endah tak endah. kali ni errrrr menakutkan sebab sakitnya last for few days, mak abah pun tak da dekat jadi macam susah hati sangat bila sakit lama2. kalau yang duduk jauh dr fam mesti faham kenapa aku rasa macam tu. sayu kan bila ingat kau jauh2 tak da fam belai2 dikala sakit sakit. duh, manja telebih pulakss ding dong.

jadi aku pun ada lah baca pasal rawatan benda ni mcm mana
doc tu cakap nanti dia kol jugak, aku yang bodoh2 pun tanya lah 
kalau still sakit  perut lagi macam mana?
dia cakap pegi jak jumpa dia lagi. ehem ehem. kemain doc zaman sekarang, care nya lebih eh, dah lah lepas check perut aku senyum2 malu gila haihhh. jangan kau tergoda dgn perut boncet ku sudahhh. mampooss noks. berikut ialah rawatan ya tuan puan yang belom dijangkiti, hehe

Rawatan

Sekiranya simptomnya sangat ketara disyorkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan seterusnya rawatan antibiotik dapat diberi.
Pencegahan
Minum air dengan secukupnya
Elak menahan kencing
Makan buah cranberries atau bluebarries yang mempunyai antioxidants. Jusnya senang terdapat di farmasi.
Makan buah nenas. Nenas mempunyai bromelin yang bertindak sebagai anti-radang.

p/S: curious aku mana nak carik cranberries kat MALaysia ni. ada eh ? hmmm
nanas tu senang lah kot tapi kat kampung akulah sebab kmpg aku dah memang nama kpg nanas! LOL 
:D k  bye, nak tido. 





Tuesday, June 19, 2012

i dont have suitable tittle for this LOL






great support, great lovers. i love them so much






final result

heee m so happy.
two days kat sini rasa no mood
dengan barang kena kemas sampai tgh malam on the day sampai
banyak piki lagi pasal benda2 yg buat tak puas hati
then this day rasa woowwwww
akhernya ada jugak yang boleh buat lega hati
the result came out n i was like tak sangka
thanks GOD. ty very much mak and abah
they gave me enuf moral support tru ups and downs hakhak

amik hp terus msj mak abah
"mak, i got xxx :D!!"
"abah, u hv to gve me hadiah! i got xxx! "

"gud. congratulation! u ve made it! "
"ok, keep it up. yor hard work  had bear best fruits" -mak


masa final tu lah jugak break up dan frust tertonggeng
and yes tears had been my faithful friend.
hahaha. bodoh nya kalau ingat balek.
harap2 tak dapat lagi tsunami mcm tu final sem ni. bye gojes!

Monday, June 11, 2012

decision

The hardest thing about growing up is that you have to do what is right for you even if it means breaking someone's heart. Including your own.



pujuk hati kau irah, kau boleh.
u  have to stay strong and believe more 
life is about taking risk. 
sakit macam mana pun semua ada baik buruk. 
ya, harus positif.
apa apa pun kena prepare for the worst