Friday, November 30, 2012

Get It Now!

Hello! Maaf muka excited lebih.
Sebab boring2 tengok muka sendiri..
Tergerak hati to promote this product
The moisturizing lotion yg paling best
It is good for kulit kering
Perfecto for moisture balance
So say no to kulit kering dan kusam. Eceh
Free of fragrances and alcohol too.
Guna 2 ja skrg. Their face wash and the moisturizing lotion
ML ni mcm function as toner pun ada
Cuma this one tak payah pakai kapas
U just apply on palms and pat pat pat onto skin. Nahhh easy!
ada tengok iklan SK-II? U do it like that lah
Kira ini SK-II versi yang murah sikit hehe.
Jimat jugak ni sebab dah pakai lama.
Lambat benda ni nak habis. 
Nak cuba produk lain pun syg sbb maseh bebaki banyak. Hihi
Ouh ouh kalau nak try sila carik di Watson or Guardian berhampiran.
Selamat menge test!

Sunday, November 4, 2012

shoot me

can't bear no more. everything is a mess. i just don't know what i feel. exam weeks really put me into hell. as far as i know, i keep repeating the same things. shits are all on me. again and again.thank you hell.  

Monday, October 29, 2012

ingat senang jadi perempuan ?

tajuk nak hebat hebat. heh

lately, i always think about how hard it is to be a grown up lady
like makin kita tua makin banyak kita kena sebok2 jaga
pakaian, make-up, food, body maintenance, things like dat lah
yang macam inilah slalu perempuan consider  tapi slalu jadi masalah
yang menyampah dengan benda2 duniawi ni yang lelaki lah
lagi lagi yang pasangan pasangan.
benda2 ni lah yang slalu jadi bahan gaduh
lambat bersiap sebab mekap, makan nak sedap2 mahal2,
tego gemok sikit gf merajuk, tego selekeh sikit nak suruh bf belanja baju mahal.
hehehehe. macam aku je -.-
sampai hal kawan kawan pun jadi hal besar jugak for grown up girls
perempuan umum dgn sikap sensitif so tak jadi hal lah
benda2 yang boys rasa "ala.. lecehnya.. remehnyaa" pun
"besarnyaaa.. big issue nya" for girls, eh, women.
get it ? macam cerita trifles, who will expect a little things yang akan solve the mystery
macam perempuan jugak.
mana orang nak tau little things boleh buat dia kecik hati
boleh dia ingat sampai bila2
belom lagi dengan hal penampilan
kadang2 orang cakap perempuan sengaja nak mencantek
to attract boys, or to impress girls
but most of the girls mesti cakap
diaorg nak look good to boost up confidence level
yes, ada jugak mmg niat nak attract attention
but that thing up to them lah
dosa dia, kang jadi dosa kita pulak yang mengumpat
kalau bukan niat dia kan dah senang2 dapat dosa free.
aku pun slalu jugak fikir macam tu. hehehe.
but bila piki2 balek salah pun ada tak prasangka baik.
ececeh
tapi betollah, ramai yang nak look good to feel secure,
to feel confidence dealing with everyone
nanti kalau pakai seluar pink baju biru
ada yang kata kau artis ka nak pakai macam tu? see
diskriminasi. artis je boleh pakai colour blocking. sad :(
kalau make up lebih kata muka macam kena cat lah
over lah. tak make up kata tak lawa lah tak pandai
nak cantek cantek lah. kusam je
BF kawan aku pun cakap
"awak anak dara, muka jangan nampak kusam sangat"
see see. yalah, kalau muka kusam. nampak pucat
macam sakit je, siapa yg berani nak cakap2, nak gurau2 hihi

jadi, untuk mempertahankan hak hak perempuan
dan menyedarkan betapa susah nya nak jadi perempuan
dan mengingatkan kalau rasa2 nak maki
tengok perempuan macam ni macam tu
eloklah kiranya aku tegaskan yang 
bukan mudah nak jadi perempuan
ngeh ngeh ngeh

sekian saja dari perempuan melayu sarawak yang entah ke berapa,
jujur dan tulus lagi kecik
tolonglah fahami kami tolonglah


wei wei perempuan yang tulis ni ada exam lapan setengah pagi ni,
tapi perempuan ni lupa diri pulak dia ada exam
aaaAAAAaaaaa
tapi sebab dia perempuan, stress nak exam
 dan banyak cakap dan tak tau nak cakap kat mana
sebab kawan2 lain tengah struggle study
jadi dia tulis kat sini.
doakan kejayaan ku dan rakan2 dunia akhirat
ding dong deng


Friday, October 26, 2012

another day to be reminded of

hye those who read this, long time no blog. hmm
i guess this sem busy banyak kot, sekarang ja tak.
and ding dong, dah study week...minggu depan dah final.
 .nervous sangat.
 tinggal beberapa kerat yang di hostel. 
i am one of that kerat lah. *tears*
And today is Raya Haji !!
i'm  celebrating it in IPTHO wakakakak
with maggi and pepsi okay :8)
cheers! uuppps! hehehe

actually, i feel so sad staying here alone 
dats why lah i blog this. 
 i even don't wanna wake up this morning because of this 'anak perantau' feeling. 
but my emak told me that inilah ure "korban" 
dia pesan, sabar banyak2 sambil cakap dia masak simple2 only
"simple"  but ayam dan sapi tidak ketinggalan jadi lauk raya -.-
plus, diaorg raya rumah nenek 
 i can only imagine how fun it is to be there!
another family gathering yg i tak join
waaaa, i miss Sarawak Tanah Airku so much ;(
okaylah, dah macam nak nangis balek 
so i nak sambong minum pepsi. 
Salam Aidiladha,tulus dan kudus dari 

- makguard IPTHO -





Monday, July 16, 2012

screw up

kadang-kadang aku pun tak faham knapa jadi mcm tu
tapi yg aku tau semuanya besebab dan sifat insecure aku sendiri
sampai tahap nak sedih pun mcm x guna. hmmm

Friday, July 6, 2012

butterfly

*taip2 sambil bukak blog irene sebab nak dengar lagu butterfly ni
barulah dapat feeling tacing2 sikit. ouhh hati kertas. bertahan lahh

ya, ya, emosi kureng stabil. berubah2 fikiran aku.
kejap nak itu, kejap nak ini.
sedih tapi tak tau nak luah macam mana lagi,
sedih tapi tapi tak nak fikir
sedih tapi nak gembira but i forget how to be completely happy
i dont remember when was the last time i felt that.
emotionally, memang rasa tak okay sangat sangat
you noe,masa2 macam ni lah i miss sarawak pepel so much
lagi2 time macam ni lah aku nak ada kat sana
memanglah kadang2 aku suka explore budaya orang
but still aku sangat sangat sangat rindu n lebih selesa
berdepan, berada dalam persekitaran hidup aku kat sarawak.
kalau boleh lah terbang macam rama-rama
biar lambat asal selamat jugak aku terbang pegi sarawak
i wanna go n jalan2 dekat kuching with my fam and friends
abah kalau tengok anak2 dia lepu mesti ajak jalan :') rindunyaa
sekarang jugak! nak jugak jalan sekarang! :(
huh,kenapa lah aku cepat sangat sedih bila apa aku imagine
apa aku nak aku tak dapat,
padahal aku dah pikir tu apa mungkin jadi untuk 2 3 tahun akan datang
sekarang terpaksa bOO kat semua tu BoooO tak jadi bOo =3
dan paling paling sakit apa aku nak, aku terpaksa lupa, terpaksa lepas
terpaksaa okay terpaksa haihh.
sekarang macam ada kelopak2 bunga jatuh kat tepi mata aku.
wuu sedih eh!
aku rasa tak worth fighting for kalau nak terus
balek2 aku lagi sakit hati, lagi makan hati berulam sambal dengan pelam. nyamm
yalaaa.it happens so many times sampai aku serik nak berharap,
nak punya impian nak kejar impian
nak rasa bahagia konon2 fairy tale yg happily ever after tu
sikit sikit pun jadilah dongeng nya. tapi aku nak rasa tu. tapi tak dapat.
howlah ? iskk
aku dah rasa sikit lepas tu tak lama lepas tu kena tarik
sampai aku takut sangat. serik. 
tapi serik2 aku mesti aku ada buat benda yang lagi menyerikkan
nak move on tapi takut. nak cuba tapi takut. takut dah nak rasa hurt lagi err
manusiaaa. manusiaaa. susah nya jadi kau manusiaa

tik tik tik
ketika waktu mendatangkan cinta
aku putuskan memilih dirimu
setitik rasa itu menetes
dan semakin parahbisa ku rasa getar jantungmu
mencintaiku apa lagi aku
jadikanlah diriku
pilihan terakhir hatimu

butterfly terbanglah tinggi
setinggi anganku untuk meraihmu
memeluk batinmu yang sempat kacau
karna merindu

** lagu  ni dah ulang sampai tiga empat enam lapan kali 


tengok kan dah terjiwang dah. aiyokkkkk
apa ni apa. kenapa duduk sini kena hadap benda macam ni.
eeeeeeeee



Monday, June 25, 2012

Urinary Tract Infection (UTI)

today i got mc. YEAY!
lately my tummy slalu sakit. sakit yang i tot gastrik at first. 
tapi sakitnya sampai behari2 kejap sakit sikit kejap sakit banyak
lepas makan lagilah sakit n aku terus decided to go to another clinic today
jadi doc tu suruh buat ujian air kencing then result nya dia cakap i got kencing kotor
dia siap buat pregnant test lagi coz aku silap bagi tarikh bila last period.
woii apa aku nak jawab kalau aku pregnant???! LOL
dia siap cakap lagi jangan marah ea. babun nya.. kau ingat aku terok sangat ka heh
sudah lah lepas cek2 boleh lagi mintak num tepon. grr -,-
cakap banyak pun tak guna jadi aku google lah pasal kencing kotor and i found this!

Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lancar.
Air kencing biasanya kuning jernih atau kuning pekat.
Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
Kekurangan air dalam badan
Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI)
Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B dan Vit C
Pesakit kencing manis (diabetes)
Mengandung
Pengambilan sesetengah ubatan
Terdedah kepada sesetengah bahan kimia
Batu karang dalam saluran kencing
Kerosakan buah pinggang

Seringkali yang datang ke klinik swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan  kencing yang keruh, mereka kebanyakannya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering mengunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk  merujuk penyakit seperti itu.


Saluran kencing bermakna saluran air kencing daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing akan keluar. Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.
Kuman apa yang sering buatkan jangkitan kuman di bahagian tersebut?
80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia coli atau E.coli (=e-kolai).  20% lagi disebabkan oleh kuman-kuman yang lain. Kuman E. Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di dubur. Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundi kencing dan boleh sampai ke buah pinggang. Kuman ini terpaksa naik ke  bahagian atas dengan melawan arus air kencing. Jadi sekiranya air kencing keluar dengan laju, sedikit sebanyak akan menghalang kuman naik ke bahagian atas saluran kencing dengan senang.
Kencing kotor lebih kerap di kalangan perempuan kerana duburnya terletak lebih dekat dengan lubang air kencing berbanding dengan lelaki kerana zakarnya.

Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?

Air kencing terjadi dari ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi apa-apa yang yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Dengan ini akan mededahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.

Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkak prostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethral stricture). Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan yang kurang pengambilan air.

Apakah tanda-tanda kencing kotor atau UTI.

Tanda atau simptomnya berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.
Setengah orang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda  tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat kerana sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2 sehingga 5 hari.
Ada orang yang tidak sembuh dengan sendiri dan mereka ini,
Akan mengalami kekerapan kencing yang tidak boleh ditahan terutama sekali kalau pundi kecing dijangkiti kuman,
Sakit yang pedih dan panas semasa dan sejurus selepas kencing,
Air kencing nampak kotor,
Kadang-kadang air kencing berdarah,
Kadang-kadang air kencing berbau busuk,
Kalangan perempuan, selalu mengalami sakit di bahagian bawah perut seperti terasa pundi penuh.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

Mesti diingat iaitu sekiranya terdapat jangkitan kuman di bahagian faraj, simptom atau tanda-tanda seperti di atas juga terdapat pada seseorang itu.
(ihsan google)

semua tanda tanda ni lah aku rasa sekarang kot. kecuali belom sampai bedarah lah
kalau bedarah mesti aku nangis2 dah sebab aku lagi takut darah dari sakit hahaha
tapi bawah perut memang rasa tak selesa sangat sekarang. aku jarang sangat sakit bila sakit aku terus takut2, dan buat mcm endah tak endah. kali ni errrrr menakutkan sebab sakitnya last for few days, mak abah pun tak da dekat jadi macam susah hati sangat bila sakit lama2. kalau yang duduk jauh dr fam mesti faham kenapa aku rasa macam tu. sayu kan bila ingat kau jauh2 tak da fam belai2 dikala sakit sakit. duh, manja telebih pulakss ding dong.

jadi aku pun ada lah baca pasal rawatan benda ni mcm mana
doc tu cakap nanti dia kol jugak, aku yang bodoh2 pun tanya lah 
kalau still sakit  perut lagi macam mana?
dia cakap pegi jak jumpa dia lagi. ehem ehem. kemain doc zaman sekarang, care nya lebih eh, dah lah lepas check perut aku senyum2 malu gila haihhh. jangan kau tergoda dgn perut boncet ku sudahhh. mampooss noks. berikut ialah rawatan ya tuan puan yang belom dijangkiti, hehe

Rawatan

Sekiranya simptomnya sangat ketara disyorkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan seterusnya rawatan antibiotik dapat diberi.
Pencegahan
Minum air dengan secukupnya
Elak menahan kencing
Makan buah cranberries atau bluebarries yang mempunyai antioxidants. Jusnya senang terdapat di farmasi.
Makan buah nenas. Nenas mempunyai bromelin yang bertindak sebagai anti-radang.

p/S: curious aku mana nak carik cranberries kat MALaysia ni. ada eh ? hmmm
nanas tu senang lah kot tapi kat kampung akulah sebab kmpg aku dah memang nama kpg nanas! LOL 
:D k  bye, nak tido. 





Tuesday, June 19, 2012

i dont have suitable tittle for this LOL






great support, great lovers. i love them so much






final result

heee m so happy.
two days kat sini rasa no mood
dengan barang kena kemas sampai tgh malam on the day sampai
banyak piki lagi pasal benda2 yg buat tak puas hati
then this day rasa woowwwww
akhernya ada jugak yang boleh buat lega hati
the result came out n i was like tak sangka
thanks GOD. ty very much mak and abah
they gave me enuf moral support tru ups and downs hakhak

amik hp terus msj mak abah
"mak, i got xxx :D!!"
"abah, u hv to gve me hadiah! i got xxx! "

"gud. congratulation! u ve made it! "
"ok, keep it up. yor hard work  had bear best fruits" -mak


masa final tu lah jugak break up dan frust tertonggeng
and yes tears had been my faithful friend.
hahaha. bodoh nya kalau ingat balek.
harap2 tak dapat lagi tsunami mcm tu final sem ni. bye gojes!

Monday, June 11, 2012

decision

The hardest thing about growing up is that you have to do what is right for you even if it means breaking someone's heart. Including your own.



pujuk hati kau irah, kau boleh.
u  have to stay strong and believe more 
life is about taking risk. 
sakit macam mana pun semua ada baik buruk. 
ya, harus positif.
apa apa pun kena prepare for the worst 


Sunday, May 20, 2012

break apart

i had given u many chances but all you do was letting me down.
i even asked if u are going to hold me or not
but the answer was nonsense
i bet you have ure own good reasons that is not good for me
i noe you very well,
i noe its not only becoz of you, yourself.
guess so
if you afraid to give me hope
then you should not took me back before
after all, i still felt m the one who defend our relationship
while you busy finding way to get me rid of your life. 
well m sure u are fully ready to live ure life wthout me
so i must try my best to do it too


found many related quotes while having this moment 
gosh, can described exactly what i felt -__-
seee i emotional sudah.




Guys, while u hurt ur girl, There's a man wishing he could make love to her & while u make her cry, the same man is stealing smiles from her

Forgiveness doesn't always mean you want someone back in your life- It just means you are letting go of the hurt

Sometimes we just gotta accept the cold, harsh truth... sometimes the ones that we can't live without... CAN live without us.

no matter how busy a person is,if they really care,they'll always find time for you..



**i iz saaaaad :(

Monday, April 2, 2012

MASALAH PENDEK

assalammualaikum dan salam sejahtera. hihi
sopannya anak dara, girlfriend siapa lah tuh, kikik

akhirnya, ku kembali menulis panjang dan kali ini akan ku bercerita mengenai masalah yg ku hidapi sejak berkurun lamanya iaitu;
MASALAH PENDEK, keng keng keng
bukan nya masalah sangat ,cuma kekadang aku macam jemu campo letih campo2 annoying bila manusia tinggi di luar sana berani mati merendah rendah kan diri ku yang dah terang tak payah suluh lagi rendah iniii.

iyalah kawang kawang, walaupun aku tak se size normal manusia umor aku, tapi wa maseh ada heart and feeling bebb
wa maseh lagi dapat tahan kalau orang setakat gurau2 kasar,gurau2 lembut tapi kalau mengutuk tu wa tak tahan maa
terus berputar lagu hancor hatikuu mengenang engkauuu kat dalam otak
lagipun lah kan, aku tengok orang yang sama spesis aku ni mcm comel pun ada kahkahkah
bukan nya tak beguna pun kitaorg ni, macam2 perkara mara yang kitaorang boleh buat tanpa disangka2, huh *gosok idong kembang
ada jugak orang cakap kan, pompuan saiz comel dan pendek senang dapat bf. hihihihik
yalah kan, laki kan ego, mana nak pompuan lagi tinggi dr dia jadi gf, kan hilang macho
kih kih kih. itu macam auta lah sikit sebab ada lah jugak kawan aku dulu
dia pun kapel ngan bf yg lagi rendah, dia dengar orang cakap org kapel mcm tu murah rezeki
murah rezeki konon, padahal tu untuk yang kahwin. ee engkau pun nak jugak. ;p ;p

lagi kan lagi kan, orang pendek2 macam aku macam ada beberapa kelebihan pun ada hihi

contoh  lah dalam situasi situasi genting;
1. sidai baju  dalam bilik. 
masa gantong2 rajin jak amik kerusi, panjat pastu gantong comel2
tapi sumpah bepeloh lepas tu
masa nak amik tiba tiba malas pulak datang bila piki nak setting krusi lagi, nak panjat2 lagi
maka dengan selamba nya cakap lah kat roomate
'tolonglah amik kan baju kiteww, kau kan tinggi, senang nak amik'
kihkih.  maka roomate dengan perasaan kesian tahap tengok orang OKU pun tolong kita jugak
YEAY settle dah kan settle dah

2. ter 'PREVENT' dari sunburn and sunlight dan silau matahari 
kuek kuek kuek
hehe, tak faham lagi ? bayangkan situasi ini.
anda yang bersaiz comel sedang mendaki gunung dan rakan yang terlebih comel yakni bersaiz panjang berada di hadapan. tidakkah itu akan cukup memanfaatkan. dan yaaa. haruslah aku terlindung dari segala cahaya yang extreme. miahaha
 (ini aku adaptasi dari pengalaman lepas daki gunung arung hihi)
3. letak barang kat tempat tinggi2 itu NOT you yang harus buat!
simple, jika ada yang harus kau angkat2 sikit kaki, kau cakap jak dgn siapa2 yang tinggi,
'tolonglah letak, aku tak cukup tinggi, tolong ya' dan terus cau tanpa toleh dan respon macam mana dia orang respon hehehe

4. AWET MUDA 
serious akan slalu denga ayat ni 'darjah brapa atau ni tingkatan berapa' even tho kau dah alam ipta dah. keh3
best ada jugak act, tak best pun ada jugak sebab mcm tak dihargai pengorbanan mu spnjg belasan tahun trying jadi dewasa. muehehe. orang tak tanya pun kan tinggi kau brapa, apa nak kesah, baiklah2. yang tak tanya tu yang tua tua lah. kalau yang lain2 memang ada jugak lah bahan untuk mereka bahan. tak gitu kawang?=p harith iskander penah quote kan ayat, dia tak kesah orang panggil dia botak, tapi aku rasa tersentuh bila dia cakap dia takda pun nak panggil orang eh ada rambut ada rambut!
cuba lah kalau kami2 yang kurang tinggi ni tiba2 bertukar situasi, yang panjang dan tinggi pulak yang akan di panggil2 macam kami selalu. agak2 apa yang kami panggil anda? 'mungkinkah panjang ? burung unta? tiang bergerak ? atau pondok telefon ? (ups. INI CONTOHH ya)

5. anda akan sentiasa jadi daddy's and mommy's child
disebabkan itulah. ituu.. mak dan abah akan sentiasa anggap kau maseh lagi anak kecik mereka
walaupon kau dan kau dah masok 20. hewhew. maseh boleh lagi menggesel2 mintak dimanjakan, maseh lagi di msj slalu selang dua jam kalau klua, maseh lagi di urut perut ketika sakit perut sikit tapi mengada banyak, maseh lagi mak yang masakkan maggi tatkala malas menjelma, maseh lagi abah pimpin tangan masa lintas jalan, maseh lagi boleh mintak duet bila abang ice cream kring2 depan rumah, maseh lagi boleh mintak duet alasan untuk top up, dan duet belanja makan untuk kua besosial  dan banyak lagi maseh :D

tak tahu nak elaborate apa lagi, tapi rasanya macam banyak lagi kut faedah2 ni, nanti lah kalau rajin update lagi post ni haha. aku nak tido. smlm tak tido pon sebab kamikaze dgn esaimen. uwarh. mengadu ngan mak dia cakap buat pelahan2. see, motivasi ini lah yg buat aku sentiasa buat keja last minit miahaha. BYE bye yang tinggi, yang montel, yang berisi, yang kurus dan yang PENDEK tapi comel!





p/s: kami budak ipg baru dapat baucer buku. hihi. jum kumpol novel damya hanna :)









Monday, March 26, 2012

Mr. Cleverbot yang stupid

Hai sayang.
Saya sayang awak.
Wah, makaseh.
Makan apa?
Makan nasik daging merah.
Makan la.
Jum ah makan sekali.
Jum tidur.
Tak nak ah. banyak keja.
Aq tanye kau dok mana?
Sekarang kat batu pahat.
Ye la.
Bye. nak buat keja.
Nak kahwin la.
Eh ? dengan siapa?
Dengan kau la.
Hahahahaa.
Hi.

Tuesday, March 13, 2012

asked to do this

ame ---- update lah blog
me--- kitak baca blog kamek?
ame--- boring kamek, mun sik mek baca tasya manshahar pun blog
me----- nya nang ada blog kah ?
ame--- ada, wan temu blg nya
me---tunggulah bila aku buat video lps tu uplod dalam utube nanti(dalam hati)

s
boleh muka ni jadi retis utube ? HAHEHUHA

Friday, March 2, 2012

random

just realised dah lama tak update blog
ive been busy, tak busy sangat cuma kaki sentiasa bergerak kesana kemari
tido conquer diri, twitter jadi saksi aktiviti diri.
facebook makin boring, mood tak menentu
apa ni apa ni. kenapa mereka mereka ni ada kat aku ni? dushh

tapi tapi tapi dalam pada rasa macam tu sempat lagi nak holiday dengan kawan2,
pic uplod later lah. kitaorg pegi Melaka jak pun hewhew.
best ah even dekat jak dgn bp sebab everything dah plan dengan secermat-cermatnya.
aku ada kawan baru. cik jah dengan cik nyet. kau ada? hihi

and then yang buat penat sangat minggu ni
ada kot (kejohanan olahraga tahunan)
atlet tu memang lagi penat ah. aku penat sebab tak tahan cuaca sekejap panas skjp hujan
lepas tu jerit2 jadi pom2 girl. boleh kah?? mula2 malu2 pusak, lepas tu seronok jugak
yalah, kau ada pakai baju lengan sampai tak nampak tangan jadi pom2 girl ?
boleh lagi ada nya sorak abang hensem2 oi oi.
tak ka fail dia lepas tu nak lompat jauh.
salah siapa? jangan salah kan Ali... ;p

ahhh.. persetan kan semua ni.
yang penting hari ini tepat 8.30 aku dah flyyyyy ke bumi kenyalang.

p/s: go kenyalang go go. err masih lagi lekat mood bersorak ..

Wednesday, January 18, 2012

di kala bulan mengambang


me is changing to this



this is so cool, bila tak dapat tido pegi bilik giha dia bagi mask free then i just menurut perintah jadi si momok.
dengan sekali dua percubaan manja2 dikala sakit perempuan melanda aku dapat rawat muka. asyikk dong!





p/s: gila eh pakai mask tengah2 mlm, pastu takut sendiri -,-


Tuesday, January 17, 2012

MATURITY

means , tak boleh nak budak2 lagi
tak boleh nak nangis tanpa strong reason lagi
tak boleh nak marah marah sesuka hati
tak boleh nak lari tanggungjawab
tak boleh nak buat keputusan dengan tanpa pikir kesan baik buruk
tak boleh emosi sangat
abai benda yang tak penting
tahu jaga diri sendiri. dont depends on others sangat

abah dah banyak pesan dan bagi nasihat on how important it was menjaga dan menggunakan
laman sosial to express feelings. i was a little bit terasa and now sangat berfikir bila guna fb.
so, sekarang banyak intai intai org lain punya then i laughed sorang2 kalau jumpa yang poyo2
i wonder how orang lain tgok my updates masa aktif on fb dulu, mesti macam tu jugak
now i noe perasaan menjadi si melihat. lagi pula, i am more on muvi and other shows bila free2.
lagi best dan santai. tido waktu petang pun dah pro sikit walaupun tak biasa.
hidup dekat sini kadang2 rasa tak da life kadang2 rasa bosan kadang2 rasa fun. eh ?

sebenarnya aku pelek sangat bila kat tempat orang. kadang2 rasa aku macam orang yang lain dari aku
kat tempat sendiri pulak aku adalah aku. itu yang jadi penghalang untuk jadi si matured tu. miahahaha
aku dah tak tahu sangat nak cakap pasal apa kat blog sekarang, sebab memang betol kawan aku cakap
tak semua benda kita boleh expose kat sini, macam bukak pekong di dada. then aku rasa malu bila aku baca blog orang dan tengok betapa humiliating nya dia buat diri dia sendiri hanya sebab cara dia nak ketengah kan cerita dia. macam semuaaaaaa benda sangat nak ditulis. bila piki2 balek macam jadi si polan yang masok bakul angkat sendiri. entah lah. aku takut nak berkata2 lagi sebab takut orang pandang aku macam tu jugak.
aura nak jadi lagi matang semakin menusuk2 dalam hati aku seraya itu aku hendak sangat kikis sifat2 budak2 dan entah papa aku. walaupun demikian, sememangnya sifat budak2 itu juga perlu ada sebagai perisai menjadi seorang anak yang boleh mintak lagi duet bila poket kosong dan tatkala menjadi gf yang sentiasa kena ada teman cakap2. boooOooo. jiwang2 sekarang pun dah tak boleh sangat lah eh, sebab aku geli nak type ayat bunga2 lepas tu orang baca diaorang pun baca sampai abis sebab rasa  nak baca lagi yang buat geli geleman. yucks

okay chaa. goodnite. nak makan dengan roomate cunn ni chaaa

Wednesday, January 11, 2012

sila dengar yang hebat ini.



shila amzah yg sgt ohsem,thanks for the amazing cover

dear ,
#i love you for a thousand years ..

Friday, January 6, 2012

aktivitas masa luang


slalu pegi this website

 Running Man, We Got Married and many more fun shows to watch
this one is daebak guys
see my noona ji hyo? very pretty **
ke ai :))

interestingly, RM always have superb guests

 totally charming :*
 life reduced by 10 years -,-

ouh not forgetting !
i am also a big fan of teukso couple hewheww


lagi2 time line tenet laju boleh marathon wa duduk pan notebook ;p
ni semua gara2  korean wave  ~~~~ 

durjana durjana ..

Thursday, January 5, 2012

=p


hewhewhewhew

back to bp and left aaron aziz ? HAHA

try test.
before this dah amik gamba tapi tersalah update date dekat phone,
ame cakap aku still dalam year 2011 haha baru prasan
 so pic tak save pun cis-,-
dan mak aku pun buat muka 
ame punya pic perfect spot ceh
see dat willy wonka? ;p



bukan main lagi kalau time love2 boleh berpuluh puluh butir post pasal si buah hati
cubalah time patah hati nya beratus ratus lemen aku boleh post memaki HAHA


this bond is much much stronger now but i do feels there are more challenges ahead :)




Perfection is just a word,Nothing is really perfect,not even the word itself.
So am I.

The gift of life is Life itself.

We're living in a school.We'll never stop learning.

Make More Mistakes,The More Mistakes,The More You Learn

-copied-

Monday, January 2, 2012

the weeding

duapuluhenam haribulanduabelas duaribusebelas. (26.12.2011)

perasaan yang unbelievable to watch my big bro yakni teman sepampers dan sekain lampin yg sama2 main kawen2 masa kecik memang duduk betol2 atas pelamin. growing up wif him buat aku rasa agak sebak bila tup2 abg aku kawen betol2. haruslah aku menjadi ala2 weeding planner walaupun aku amik part main inai dengan teman pegi besolek shj yg lebih. muahehe. betollah kata orang kalau dah jodoh tak kemana, cuma awal atau tak kita pun tak tau. aku harap abang aku pun semakin matang menempuh ups and downs hidup berumah tangga sekarang. doa aku semoga yang baik2 dan segala-galanya bejalan lancar untuk mereka berdua. iklas dari secobek hati murni

  -gadis bunga 2011 yakni adik tercinta- uhuh

rentetan ; masa akad nikah.
sekarang anda boleh lagi lihat wajah tenang si abang aku
ketenangan yang mula goyah.. fuuuu fuuu
dan semakin goyah ..
sekarang kompom banyak kupu2 kecik dalam perut
saat2 genting selesai dah. jadi kita amin2 
     mas kahwen
 
                                ciyum ciyum :**
 drama sebabak. isk isk

pengantin baru hihi
                              begabong!!!
                       mak yg harus datin ;p

                                               sebelum : pesiapan majlis
                                       yeah. tidak terkecuali si cousin 'hensiom' menjahit2

                                                                                                      this is by me and kak ina
                                                    hubby gave this to me and i used it sekejap for the pengantin's car
                                                                      got three act, but i gave one for baby alisha. hehe
                                                        outfit plus make-up by abang udin collections

                                                                   

              
                                              muka masam pun kena betolkan rupanya. okay faham ;0

banyak lagi yang di sebalek tabir but i dont terfikir nak snap masa tu
pelamin in the making of .. #kemas rumah #jahit2 kain pelamin #cat bilik and kemas bilik pengantin 
and many2 things lagi. kalau ada yg tersnap  kat hp or cam lain later update lagi.
paling penting, wajiblah pic ..

semasa : here comes the weeding day!
yeah. baru nak introducing ,,,
the groom -Syed Amirulkhair
the bride  - Siti Hajar Minaniey
& the groom's sister ;) 


these was only at the butik

(while we solek2)
the zikir pepel menyejokkan majlis with zikir.
and finally the arriving ...

and the indoor photoshoot is on




tepung tawar session


chaos by the geng
the bride's parent


the spoiled family photo
ish -,-
the double date partner ;p

many more pics will be added soon :)
tada!
and the outdoor photoshooot begin!

the best pic that i loike <3


banyak lagi rasanya, tapi kat lappy satu lagi.
update later.

and the end selepas....
hi hi 
ho ho
luckily,lepas majlis hubby helped me to clean the house, anta baju, golong karpet and sapu2 HAHA
SO  i have to threat him kfc after that -,-

i got other pic menyusul nanti okay.
well, as you can see everything is simple but this weeding mengukir sejarah 2011 kami sekeluarga:)
ofcourse  lah semua penat layan tetamu dan dengan everything yg biasa buat masa weeding ceremony
lagi2 yang jadi pengantin, my kakak ipa pun cakap rahang dia penat sebab senyum memanjang hehe

last, thanks to all yg tungkus lumus menjayakan majlis.